Kod Fail Carta Akaun Piawai yang terdapat pada ePBT berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004 : Penjenisan Kod Bagi Hasil dan Perbelanjaan. Salinan terdapat pada lampiran. Penjenisan kod berkenaan disusun seperti berikut:
x0000 - Objek Am
xx000 - Objek Sebagai
xxx00 - Kumpulan Objek Lanjut
xxxx0 - Objek Lanjut
Terdapat perbezaan di mana ePBT menggunakan 6 aksara (characters) berbanding 5 aksara pada pekeliling tersebut. Tambahan aksara ini bertujuan untuk membolehkan PBT mewujudkan lebih perincian.
Juga terdapat perbezaan bagi Objek Am berkepala 9xxxxx dimana ePBT menggunakannya untuk tujuan pengakruan (accrual). Objek Am disusun seperti berikut:
1xxxxx - Perbelanjaan: Emolumen
2xxxxx - Perbelanjaan : Perkhidmatan dan Bekalan
3xxxxx - Perbelanjaan : Aset
4xxxxx - Perbelanjaan : Pemberian dan Kenaan Tetap
5xxxxx - Perbelanjaan : Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain
6xxxxx - Pendapatan : Hasil Cukai
7xxxxx - Pendapatan : Hasil Bukan Cukai
8xxxxx - Pendapatan : Pelbagai Terimaan
91xxxx - Aset Tetap : Aset Tetap
93xxxx - Aset Semasa : Aset Semasa
95xxxx - Liabiliti Jangka Panjang : Liabiliti Jangka Panjang
96xxxx - Liabiliti Jangka Pendek : Liabiliti Jangka Pendek
97xxxx - Liabiliti Jangka Pendek : Akaun Selesai & Peruntukan
99xxxx - Modal : Modal
Sekiranya PBT ingin membuat sebarang perubahan pada Carta Akaun Piawai ini, perlu mendapatkan kelulusan dari Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Pada skrin ePBT Lejar Am, klik pada menu Kod-Kod Fail Carta Akaun Piawai
- Skrin rekod Carta Akaun Piawai akan dipaparkan
- Laporan senarai rekod boleh dicetak pada butang Cetak Laporan
- Semak maklumat rekod adalah tepat
- Sekiranya ada pembetulan, betulkan maklumat kemudian klik pada butang Simpan Rekod
- Sekiranya ingin tambah rekod, klik pada butang Rekod Baru
- Isi maklumat rekod baru
- Setelah selesai klik pada butang Simpan Rekod
- Sekiranya ingin membatalkan rekod, klik pada butang Batal Rekod
- Setelah selesai klik pada butang Keluar Skrin
Rujuk pada lampiran
| Attachment | Size |
|---|---|
| epbt-005.swf | 1.96 MB |
| PENJENISAN KOD BAGI HASIL DAN PERBELANJAAN.pdf | 1.4 MB |
