Sistem ID Pelanggan

Sistem ID Pelanggan (SIDP)

Sistem ID Pelanggan (SIDP) ini diwujudkan adalah bertujuan bagi menyediakan satu platform rujukan bagi segala maklumat pelanggan. Sistem ini juga boleh dikategorikan sebagai pusat pengumpulan maklumat pelanggan atau Bank Data Maklumat Pelanggan. Sistem ini boleh dijadikan pusat maklumat yang menyimpan segala data peribadi pelanggan dan segala data urusan pelanggan dengan pihak PBT. Dengan adanya Sistem ID Pelanggan ini, pihak PBT dapat mengawalselia segala urusan pelanggan dengan lebih efisien. Sistem ID Pelanggan (SIDP) berkait rapat dengan keseluruhan sistem yang terdapat di Sistem e-PBT. Segala maklumat pelanggan yang diperlukan oleh Sistem e-PBT akan dibekalkan oleh Sistem ID Pelanggan (SIDP).

Syndicate content