04. Kod Aktiviti Projek

Kod ini perlu diujudkan untuk mengenalpasti sesuatu program cara bayaran adalah merupakan Kumpulanwan Mengurus atau Pembangunan. Kod Aktiviti ini bersaiz 6 aksara dan proses pengujudan kod ini adalah seperti berikut: Sila rujuk Skrin APKM04 sebagai panduan.

Kod Biaya

Kod ini adalah merupakan kod cara bayaran yang telah diujudkan di APKM03 di atas. Klik butang BANTUAN dan pilih kod cara bayaran yang betul dan keterangan kod berkenaan akan dipaparkan.

Aktiviti

Kod ini bersaiz 6 aksara dan masukkan kod aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh:

000000 - Kumpulanwang Mengurus

430000 - Pelbagai Jalanraya dan Parit

440000 - Pelbagai Binaan dan Jentera

Penentuan kod dan keterangan adalah berasaskan aktiviti Majlis sebenar bagi memudahkan pengguna mendapatkan laporan mengenai sesuatu perbelanjaan itu.

Keterangan

Masukkan keterangan yang bersesuaian untuk menerangkan kod aktiviti yang telah dimasukkan

Nama Ringkas

Masukkan nama ringkas daripada keterangan di atas untuk memudahkan pengguna mengenalpasti kod aktiviti ini.

Jenis

Masukkan jenis aktiviti samada Mengurus atau Pembangunan. Penentuan ini adalah penting bagi tujuan penjanaan laporan yang betul kelak.

Syndicate content