08. Kod Kawalan Laporan

Kod ini perlu diujudkan oleh Ketua Jabatan Perakaunan untuk mengenalpasti bentuk Penyata Kewangan yang terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira. Pengguna perlu menentukan sesuatu kod objek itu dihanta ke laporan yang betul selepas proses kemaskini dilaksanakan.


Jenis Laporan

Kod ini bersaiz satu (1) aksara sahaja. Pilih kod laporan yang bersesuaian seperti berikut

  1. Imbang Duga
  2. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan
  3. Kunci Kira-kira

Dan keterangan kod akan dipaparkan di sebelah kod .


Kod Kawalan

Masukkan kod kawalan laporan yang bersaiz empat (4) aksara dan masukkan tajukc utama laporan yang dikehendakki.


Tajuk Laporan

Masukkan tajuk laporan yang dikehendakki seperti contoh bagi jenis laporan Penyata Pendapatan Terkumpul,

Kod Kawalan Laporan Tajuk Utama Tajuk Laporan

2100 Tiada Pendapatan

Ini bermakna di bawah Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, sekiranya kod objek 616010 iaitu Cukai Taksiran ,memilih 2100, tajuk bagi kod objek ini adalah PENDAPATAN di dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.

 

Cetak Tajuk?

Pengguna perlu memilih samada tajuk perlu dicetak dalam Penyata Kewangan atau tidak.


Status

Masukkan samada status transaksi adalah Debit atau Kredit mengikut Kod Kawalan Laporan di atas.


Klik butang SIMPAN untuk menyimpan rekod


Syndicate content