02. Kod Pusat Tanggungjawab / Pusat Kos

Kod ini bersaiz 4 aksara bagi menentukan jabatan/bahagian di Majlis dengan maklumat Ketua Jabatan serta nombor kad pengenalan . Setiap kod hasil dan belanja dikaitkan dengan kod PTJ/PK bagi tujuan menentukan sesuatu hasil yang dikutip dan belanja yang dikeluarkan dilakukan oleh jabatan berkaitan. Dua aksara yang pertama adalah untuk jabatan dan dua aksara selepas adalah bagi bahagian di bawah jabatan berkenaan. Contoh:

0200 - JABATAN PERBENDAHARAAN

0201 - Bahagian Perbendaharaan

0202 - Bahagian Sistem Maklumat

0400 - JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR

0401 - Bahagian Perkhidmatan Perbandaran

0402 - Bahagian Lesen Pasar

0403 - Bahagian Pelesenan Am