Pengesahan Pengguna

Langkah-langkah bagi capaian ke Sistem e-PBT :-

 

  1. Klik pada ikon Sistem e-PBT. Skrin pengesahan Katalaluan akan dipaparkan.
  2. Masukkan Kod Pengguna dan Katalaluan yang sah dan tekan Enter atau tekan butang masuk.
  3. Menu Utama e-PBT akan dipaparkan. Menu ini menyenarai Modul Utama yang terlibat dengan Sistem e-PBT

Skrin Pengesahan Katalaluan

Keterangan berkaitan Pengesahan Katalaluan Pengguna

  • Katalaluan pengguna hanya diberi kepada penyelia dan kakitangan yang dipertanggungjawab oleh pihak majlis sahaja.
  • Katalaluan pengguna akan dipaparkan dalam bentuk tanda bintang ****** (asterisk) kerana Katalaluan adalah rahsia.
  • Katalaluan pengguna ini adalah bertujuan mewujudkan kawalan keatas sistem bagi menghalang daripada sistem e-PBT disalahguna dan disamping itu ia juga dapat meminimakan kesilapan yang dilakukan oleh tenaga kerja (Human Error).
  • Hanya personal yang sah sahaja yang dapat melakukan capaian ke Sistem e-PBT. Personal yang tidak berkaitan dengan Sistem e-PBT tidak akan dapat mencapai ke Sistem e-PBT .
  • Hanya personal yang sah sahaja dibenarkan mencapai ke Menu Utama Sistem e-PBT. Sekiranya kod pengguna yang dimasukan tidak terdapat di pengkalan data, mesej kod pengguna yang dimasukan tidak wujud atau tidak aktif dan sekiranya katalaluan yang dimasukan adalah salah, mesej katalaluan Pengguna Adalah Silap akan paparan.
  • Diperingkat ini, pengguna tidak dapat membuat capaian keseluruhan Utama. Capaian keseluruhan hanya diberi kepada penyelaras sistem dan pegawai berkaitan sahaja.
  • Cth:- Pengguna dari Jabatan Undang-undang & Penguatkuasa, pengguna hanya diberi kebenaran untuk mencapai Sistem Hasil sahaja. Manakala sistem lain seperti Sistem Perakaunan akan dihilangkan dari Menu. Ini bertujuan bagi mengelak dari rekod-rekod di Jabatan lain diganggu.

Keterangan berkaitan Menu Utama e-PBT

  • Logo Kementerian & Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • Logo Majlis
  • Alamat Majlis & No. Tel
  • Nama pengguna (berdasarkan kemasukan kata pengguna)
Syndicate content