Kod ini adalah merupakan kod induk bagi mengenalpasti pendapatan dan perbelanjaan Majlis. Kod ini bersaiz enam (6) aksara dalam bentuk nombor . Dicadangkan kod ini menggunakan kod Perbendaharaan yang digunapakai oleh semua jabatan dan agensi Kerajaan . Kod ini mempunyai empat perinkat seperti berikut .
Kod Objek
Pengujudan bagi setiap kod objek ini mempunyai status seperti contoh:
Status Objek Am
100000 - EMOLUMEN
Status Objek Sebagai
110000 - Gaji dan Upahan
Status Objek Kumpulan Lanjut
111000 - Gaji Kakitangan Awam
Status Objek Lanjut
111010 - Gaji Biasa Kakitangan
Di peringkat pengujudan kod baru , pengguna perlu memastikan Status Kod Objek Am, Sebagai dan Kumpulan Lanjut telah diujudkan. Pengguna hanya perlu mengujudkan kod di peringkat Objek Lanjut sahaja . Sekiranya kod baru perlu diujudkan yang tiada Kod Objek Am, Sebagai dan Kumpulan Lanjut, kesmua status kod perlu dimasukkan.
Keterangan Objek
Masukkan keterangan yang sesuai mengikut kod objek yang telah dimasukkan di atas.
Keterangan Ringkas
Masukkan keterangan ringkas yang sesuai mengikut kod objek yang telah dimasukkan di atas.
- Pendapatan : Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan adalah pendapatan atau tidak . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK . Penentuan ini adalah penting bagi penjanaan laporan yang betul pada akhir hari.
- Perbelanjaan :Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan adalah perbelanjaan atau tidak . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK . Penentuan ini adalah penting bagi penjanaan laporan yang betul pada akhir hari.
- Aset Tetap : Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan adalah Aset Tetap atau tidak . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK . Penentuan ini adalah penting bagi memastikan transaksi yang melibatkan kod ini hanya dihantar ke Kunci Kira-kira sahaja.
- Aset Semasa : Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan adalah AsetSemasa atau tidak . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK . Penentuan ini adalah penting bagi memastikan transaksi yang melibatkan kod ini hanya dihantar ke Kunci Kira-kira sahaja.
- Liabiliti Jangka Panjang : Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan adalah Liabiliti Jangka Panjang atau tidak . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK . Penentuan ini adalah penting bagi memastikan transaksi yang melibatkan kod ini hanya dihantar ke Kunci Kira-kira di bawah tajuk yang betul.
- Liabiliti Jangka Pendek : Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan adalah Liabiliti Jangka Pendek atau tidak . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK . Penentuan ini adalah penting bagi memastikan transaksi yang melibatkan kod ini hanya dihantar ke Kunci Kira-kira di bawah tajuk yang betul.
- Modal : Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan adalah Modal atau tidak . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK . Penentuan ini adalah penting bagi memastikan transaksi yang melibatkan kod ini hanya dihantar ke Kunci Kira-kira di bawah tajuk yang betul.
- Kemaskini Ke Belanjawan : Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan perlu dikemaskini ke Sistem Belanjawan atau tidak . Ini adalah bertujuan untuk menghantar transaksi sebenar berbanding dengan Anggaran Belanjawan. Ini bermakna hanya kod pendapatan dan perbelanjaan sahaja yang perlu dikemaskini ke Sistem Belanjawan . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK .
- Penghutang : Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan adalah Penghutang atau tidak . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK . Penentuan ini adalah penting bagi memastikan transaksi yang melibatkan kod ini hanya dihantar ke Kunci Kira-kira di bawah tajuk yang betul.
- Pemiutang : Pengguna perlu menentukan samada kod yang dimasukkan adalah Pemiutang atau tidak . Klik butang BANTUAN dan pilih YA atau TIDAK . Penentuan ini adalah penting bagi memastikan transaksi yang melibatkan kod ini hanya dihantar ke Kunci Kira-kira di bawah tajuk yang betul.
- Kumpulanwang : Pengguna perlu menentukan samada kod kumpulanwang bagi menentukan transaski yang melibatkan kod ini dipersembahkan sebagai Kumpulanwang di dalam Kunci Kira-kira . Masukkan kod dan keterangan akan dipaparkan.
Penyata Pendapatan
Pengguna perlu memasukkan kod laporan bagi kod objek dipilih. Ini adalah bertujuan supaya kod ini akan diambilkira ke laporan yang betul. Klik pada butang BANTUAN dan senarai kod dipaparkan seperti berikut:
2100 Pendapatan
- Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai Pendapatan di dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.
2200 Tolak Perbelanjaan
- Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai
Pendapatan di dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan
2300 Tambah/Kurang
- Sebarang transaksi kod ini adalah untuk perkiraan lebihan atau defisit di dalam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.
2400 Tolak Perbelanjaan Pemilikan Aset
-Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai aset tetap di dalam Kunci Kira-Kira sebagai Aset Tetap.
2500 Pinjaman
- Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai pinjaman di dalam Kunci Kira-Kira sebagai Pinjaman.
Kunci Kira-kira
Pengguna perlu memasukkan kod laporan bagi kod objek dipilih. Ini adalah bertujuan supaya kod ini akan diambilkira ke laporan yang betul. Klik pada butang BANTUAN dan senarai kod dipaparkan seperti berikut:
3000 - Hartanah Loji dan Peralatan
Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai hartanah loji dan peralatan di dalam Kunci Kira-Kira.
3100 - Kerja Dalam Perlaksanaan
Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai Kerja Dalam Perlaksanaan di dalam Kunci Kira-Kira
3200 - Harta Semasa
Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai Harta Semasa di dalam Kunci Kira-Kira
3300 - Tanggungan Semasa
Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai tanggunan semasa di dalam Kunci Kira-Kira
3400 - Modal
Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai modal di dalam Kunci Kira-Kira
3500 - Liabiliti Jangka Panjang
Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai liabiliti jangka panjang di dalam Kunci Kira-Kira
3600 - Sumbangan Modal
Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai sumbangan modal di dalam Kunci Kira-Kira
3700 - Peruntukan
Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai peruntukan di dalam Kunci Kira-Kira
3800 - Kumpulanwang
Sebarang transaksi kod ini akan diambilkira sebagai kumpulanwang di dalam Kunci Kira-Kira
Kod Kunci Kira-kira
Pengguna perlu memasukkan kod Kunci Kira –Kira di status Kumpulan Objek Lanjut kerana persembahan Kunci Kira-kira adalah di status tersebut. Ini bermakna pengguna perlu menentukan Kumpulan Lanjut bagi kod objek lanjut untuk dipersembahkan di dalam Kunci Kira-Kira seperti contoh di bawah:
Kod Objek Lanjut Kod Kunci Kira-Kira
937010 - Akaun Semasa (CIMB) 937000 – Wang di Bank
937020 - Akaun Semasa (CIMB) 937000 – Wang di Bank
Ini bermakna amaun yang akan ditunjukkan di dalam Kunci kira-kira bagi semua Akaun Semasa adakah di bawah tajuk 937000 iaitu Wang di Bank.
Setelah memasukkan kesemua medan di kod Carta Akaun Piawai ini, klik butang SIMPAN dan sahkan penyimpanan.
